Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

DRAMA HIBURAN “KAU & AKU” BEST!!!SAKSIKAN DI ASTRO RIA BERMULA 24 OKTOBER INI…














NOTE : SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARI http://www.facebook.com/group.php?gid=125179477717

Sebuah drama hiburan terhebat bakal menemui anda ! Mempersembahkan, KAU & AKU sebuah drama hiburan yang menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian oleh pelakon dan penyanyi terhebat Malaysia yang akan disiarkan di Astro RIA (Saluran 104 Astro) Oktober ini

KAU & AKU telah diadaptasi daripada format drama hiburan popular yang berasal daripada Venuzuela dan telah menjadi suatu fenomena di sana. Bayangkan, dalam tempoh 6 minggu, drama muzikal ini telah mendapat sambutan penonton dan menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat. Muzik video yang dimuat naik di You Tube mendapat hits yang luar biasa!

Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton muda juga tontonan seisi keluarga, Kau & Aku menonjolkan kehidupan remaja yang diceriakan dengan lakonan hebat dan nyanyian terbaik serta aksi tarian yang menghiburkan

Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka duka sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila & Akim memutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangka dek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati.

Elemen romantis, sedih, geram dan lucu melengkapkan drama disamping lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati. Jadi, jangan ketinggalan menonton Kau & Aku, Oktober ini di Astro Ria (Saluran 104)

* Ralat - Kau & Aku bukanlah sebuah DRAMA MUZIKAL tetapi DRAMA HIBURAN. Apakah kelainannya? Sama-samalah kita nantikan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: