Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

1/2 Hari Bersama Adam Zaki!!!


Semalam aku menemani Adam mengambil anak menakannya di Airport…Adam dan keluarganya mengajak aku masuk ke dalam rumah dan menjamu makan..aku pada mulanya hanya mahu relax2 & tunggu saja dalam kereta..kena masuk juga ke rumah itu…ye la siapa yang tak kenal aku…walau aku ni giler2..tapi bila berhadapan dengan seseorang yang aku tidak kenali..confirm perasaan malu sangat menebal…dan aku secara automatic akan menjadi seorg yg pasif dan tidak menjadi diri aku sebenarnya..tapi ok la..dalam rumah itu hanya budak2 kecil je byk …tak ramai org pun..aku dapat suaikan diri dalam masa beberapa minit dalam umah itu…

Selepas pulang dari rumah itu, aku bermalam di rumah Adam yang terletak di seberang perai…aku xsure di mana…terlupa pula nama tempat itu…hehhe…apa2 pun dia tinggal seorg diri..katanya dia lebih suka tinggal seorg diri…

Keesokan paginya…pada pukul 7lebih aku dikejutkan Adam..kerana dia mahu pergi kerja …dia kerja di ofis di Padang Kota…so…dia akan masuk kerja pada pukul 8.30 pagi…tapi waktu itu sudah pukul 8.00pagi…aku fikir..sempat ke dia masuk kerja…rupa2nya…dia drive skuter pula..bukan kereta Myvi semlm…ialah utk elak sesak dan cepat sampai di tempat kerja…Kiranya selama aku hidup di penang ni..aku tidak pernah naik Jambatan Pulau Pinang dengan motor..kiranya dengan Adam adalah org kedua yang aku pernah merasainya ..haha…selalunya naik kereta je bila naik Jambatan…

Aku yang memahami situasinya yang bergegas ke tempat kerja hanya menyarankan dia hantar saja aku di jetty…sebelum itu Adam sempat membungkus sarapan buatku…selepas itu…kami berpisah di situ…Aku pun pulang ke rumah..dan perkara pertama yang aku buat sesampainya di rumah ialah basuh baju…heheh…Adam..lain kali kita kuar jalan2 lagi ye….Gracias 4 everything…adios!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: