Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Rindu Sangat Pada Kawanku Yang Seorang Ini!!!







Aku terjaga dari lena kerana terdengar anak menakan aku yang sedang menangis…dia demam..baru 5bulan melihat bumi ni…semalam dia kena suntikan dari doktor…biasalah bayi..kalau kena suntikan sure demam…apa yang aku nak kongsikan bukan kerana tangisan anak menakan aku ini…tapi sesuatu yang berkaitan dengan mimpiku….

Aku bermimpi yang aku marahkan seseorang kawan @ teman yang paling aku rapat dan sayang ketika ini…aku tak tahu kenapa aku perlu marahkan dia…apa yang aku nak katakana ialah hubungan kami sekarang pun ala2 on dan off juga..semuanya gara-gara minggu terakhir sebelum study week…

Biarpun kami sekarang telah berbaik..pergi tonton wayang bersama..karaoke bersama…namun..jauh di sudut hati aku merasakan hubungan kami seolah hambar dan masing-masing cuba untuk berbaik semula…ialah pada waktu kami bergaduh…semua kata2 kesat diluahkan apa yang kami rasa tidak puas hati…apabila berbaik semula sudah tentu hati masing-masing akan teringat semula peristiwa pahit itu…

Sekarang kami sudah berbaik..tgk bola bersama…seperti biasa…namun..aku rasa ada kekurangannya..entah kenapa aku rasa begitu…adakah aku yang tidak boleh menerimanya? Atau apa? Entah….

Aku sangat sayang padanya…ialah banyak kenangan kami bersama..suka duka semuanya kami kongsi…macam2 perkara yang kami rancangkan..namun…entah menjadi kenyataan atau hanya dibawa angin berlalu saja….hubungan kami begitu indah kerana segala pahit manis kami telah harungi..semester depan sudah pasti kami tidak dapat meluangkan banyak bersama kerana masing2 di sekolah yang berlainan…entah bagaimana kesudahan hubungan ini…

Banyak kenangan.serta memori tercipta ketika kami bersama…peristiwa makan malam bersama Mila..pergi Sik..Lata Bayu…Pergi sahur di Nasi Kandar Beratur..Makan Mcd berdekatan Penang Free School..Bowling..dan macam2 lagi….aku mmg tak akan lupakan memori ini semua….

Di saat ini melodi indah dari Alyah ligat bermain di otak ku…sesuai dengan tema cerita aku ini…

Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah

“Setiba Di Persimpangan
Langkah Kita Tak Lagi Sehaluan
Bermula…Di Saat Itu
Tidak Senada.Irama Dan Lagu…
Begitu Hidup Ini Tiada Yang Abadi…
Yang Patah Tumbuh…
Yang Hilang Berganti…
Kau…Telah Jauh…
Jauh…Dariku…
Tiada Ruang Di Hati Buatmu…
Namun Harus…Ku Akui…
Ada Ketika..Di Minda Kau..
Menjelma Kembali…
Sekali Sekala Ada…
Ada Rindu Yang Datang Tiba-Tiba…
Tak Mungkin Kerana Sayang…
Cuma Kadang Kala..
Aku Terkenang…”

Hmm…sedihnya dengar lagu ni..bukan saja melodi indah serta lirik yang hebat…tapi ia juga merupakan lagu kegemaran aku dan dia…kami suka menyanyi lagu ini…apa yang aku harapkan…hubungan kami akan berkekalan selamanya…Yusri..aku sayang kau..sebab ko la kawan aku…bukan aku tiada kawan lain…Cuma inilah yang dikata kawan sejati…tapi sekarang…sudah tidak seperti dulu….biasanya time cuti begini..sms kerap berlaku antara kami…masing2 cerita akan perkara2 yang kami buat atau cerita sesuatu yang menarik telah berlaku…tapi sekarang..diam menyepi ja kami berdua…hanya berhubung melalui game fb ja…

Kita memang sudah baik…tapi entah..aku rasa tidak seindah dulu…sebab tiada lagi perangai giler2 bila bersama…masing2 cuba untuk cover percakapan…apa2 pun terima kasih sebab menjadi sebahagian dari kawan aku yang paling aku sayang….maaf sebab tulis cerita ini dalam blog aku…aku tidak tahu nak bagitau siapa lagi…Fendi? Kesian kat dia…sudah letih mendengarnya….tapi..dia tetap mendapat sms dariku pada ketika aku terjaga tidur tadi…hehhe…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

cHihIRo said...

pojie.. chill dude..
hukum alam~~~

bungakembang said...

SABAR EK POJIE.. KUATKAN SEMANGAT.. '
CHILL~~ =)

Fauzi Gonzalez said...

Gracias ya kat korg berdua..biasalah...adat dlm persahabatan..

Anonymous said...

macam kenal je org dalam gambar 2....huhu

Anonymous said...

macam kenal je orang dalam gambar 2....huhu

Fauzi Gonzalez said...

kenal sape? mesti la ko kenal kalo mmg dia kenalan ko...huhu