Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Geramnya!!!! Tidak ada siaran langsung Sukan Sea di Malaysia!!!



Kecewa….frust…geram..sakit hati…meluat..macam-macam ada perasaan aku ketika ini kerana tidak berpeluang menyaksikan acara suka sea di Laos secara langsung di RTM…

Patutlah..aku tidak nampak adanya iklan2 sukan sea di tv…rupa-rupanya Malaysia tidak mengambil bahagian untuk menyiarkan sukan sea seperti biasa di saluran RTM….

Geramnya aku..aku seperti biasa duduk di depan tv untuk menonton upacara pembukaan..tup2 xde pun…akhirnya aku dapat tahu yang Malaysia tidak akan menyiarkan sukan sea di Laos kerana pihak Laos mengenakan bayaran broadcasting yang sangat mahal ..iaitu hampir rm3juta…

Alahai Malaysia…RM3juta…apela sangat..tolonglah bayar je demi peminat2 sukan negara….bagi aku sukan sea ini patut disiarkan kerana hanya sukan ini saja Malaysia berpeluang untuk mengutip pingat yang banyak terutamanya pingat emas….kalau sukan olimpik & komanwel xdisiarkan pun ok je coz Malaysia memang sukar memperoleh pingat…tetapi diharap siarkan le ye…heheh…

Aku rasa Laos kenakan bayaran yang mahal sebab nak cover duit yang telah dilaburkan untuk buat kelengkapan sukan sea seperti stadium dan lain-lain kot…hmmm…Diharapkan di masa akan datang, hanya negara yang betul-betul banyak modal saja yang menjadi tuan rumah supaya tidak berlaku lagi masalah seperti ini…

Kenapa pihak Astro tidak mengambil inisiatif untuk menyiarkan sukan sea? Kenapa liga2 jerman dan sukan-sukan yang entah ape2 leh pula siarkan….hmmmm….diorg xde semangat kesukanan ke?

Adoi…xdapat le aku tonton aksi renang,badminton,bola sepak,lumba lari,terjun,gimnastik,squash dan lain-lain lagi dalam temasya sukan sea kali ini…First time terjadinya peristiwa pelik macam ni…

Apa2 pun aku still mengikuti perkembangan sukan sea melalui web address rasmi sukan sea, berita TV3 , paper Berita Harian dan sukan@Bernama...huhu...tak sabar tunggu result badminton yang dijadualkan bermula hari jumaat ini …

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: