Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Jawablah Kau Di Akhirat!!! Aku Tak Maafkan Kau Pembohong!!!



Aku kalau boleh aku x mau cerita hal ini…tapi aku xleh nak simpan…coz aku sakit hati..meluat..menyampah dengan orang pembohong dan suka ambil kesempatan dengan cara yg teruk…

Malam tadi..aku baru balik dari Queensbay..dalam pukul 9lebih malam..aku pun tunggu bas rapid kat stesen bas depan petronas bayan baru…then ada le seorg laki mana tah..”kereta sapu” le..ask nak gi mana…aku pun kata le…nama tempat aku tu…then dia kata bagi je 2@3 ringgit…aku pun kata ok le coz mmg slalunya kalau naik teksi pun rm3 paling minimum dari petronas tu ke umah aku…

Sesampainya di rumah dia minta rm10…aikk…sorry skit ye…ingat aku ada penyakit lupa ingatan ke…dia kata aku salah dengar…sebab aku bertegas coz dia kata bayar rm2@3 saja di petronas sebelum aku setuju untuk naik keretanya…dia kata naik kereta mana leh bayar rm2@3 ja tapi kena rm10…amboi..ingat kereta ko tu Lamborghini ke…teksi pun paling mahal pun ambil rm5 je…ko nak berlebih pula ye…

Ingat aku orang bodoh ke sesuka hati nak bayar kat ko rm10 tu…rm10 tu aku leh dapat g Usm tau dari umah aku..aku pun malas nak bertekak dgn dia dan hanya beri dia rm5 ja coz aku pernah bayar teksi paling maximum sebelum ini hanya rm5 ja…

Apa yang aku nak kata ialah..tolong jangan tipu orang lain ok…aku rasa kalo ada sape2 yg bodoh sure akan beri saja berapa harga yang diminta,,,tapi aku tak bodoh dan tak nyanyuk lagi coz dia minta rm3 saja time sebelum aku masuk ke dalam kereta sapunya..apa punya melayu..malu aku jumpa orang sebangsa aku mcm ni..ialah driver Chinese kereta sapu pun x macam ni..siap ambil rm1 ja dulu…

Pengajarannya ialah..walau selewat mana pun kita tunggu bas..jangan sesekali naik kereta sapu kerana tidak semua pemandu kereta sapu baik…tapi byk yang suka tipu dan cekik darah..cakap tak serupa bikin..baik naik bas @ teksi…tak sakit hati…

Oleh kerana dia telah bohong aku…aku TIDAK halalkan duit rm2 aku tu dunia dan akhirat…jawablah ko di akhirat nanti …aku x maafkan kau di dunia dan akhirat…semoga Allah tunjukkan jalan kepada kau pemandu sapu Biadap supaya ko dapat terima balasan yang setimpal…plzzz jangan tipu orang lain kerana aku tahu tidak semua penumpang boleh berfikir seperti aku…

Sudah dua kali aku kena tipu akan harga tambang..dulu dengan pemandu teksi..sekarang dengan pemandu sapu…adoi…ye la mmg bukan beratus aku rugi…tapi PEMBOHONGAN nya itu yang buat aku berdendam…akhir kata ..jumpa di akhirat!!!Aku tak maafkan kau!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: