Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Santau..Filem Melayu Paling Seram...!!!





Semalam..aku tonton filem Santau…aku tengok dengan 2 anak menakan aku iaitu Ashraff & Akmal…di Prangin Mall..Aku tertarik untuk tonton filem ini kerana aku membaca pelbagai komen positif daripada para wartawan hiburan yang mengatakan filem ini adalah filem melayu paling seram…

YA!!!Memang itu jawapan aku…sebab aku paling benci tonton filem seram @ citer hantu..bukan kerana takut hantu tetapi kerana letih menunggu hantu keluar dan boring dengan gaya plot yang lembab…tetapi TIDAK dalam Santau!!!

Santau adalah sebuah filem yang hebat…plot cerita yang menarik dan hebat serta boleh meremangkan bulu roma….sangat2 hebat…

Tahniah juga kepada pelakon baru yang sangat berbakat kerana tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya untuk menerajui filem ini dengan berkesan iaitu Putri Mardyana…Tahniah!! Aku tertanya-tanya sape minah ni…lakon hebat..muka ala2 Memey Suhaiza + Lisa Surihani…rupa-rupanya Putri Mardyana…

Dengar-dengar dia makan ulat betul2…bukan le dia telan kot…maybe berlakon dengan ulat yang betul2…apa2 pun…gaya ..mimik dan lakonannya sangat berkesan…BRAVO Santau & putri Mardyana…Kita tidak akan tahu sape yang kena santau & siapa yang menyantau..semuanya akan buat kita tertanya-tanya semasa menonton filem ini…dan di hujungnya pasti semua teka-teki kita akan salah..kerana penamatnya tidak dapat dijangka kita…selamat menonton SANTAU!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: