Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Kebanyakkan Penonton Malaysia Masih Kurang Adab!!!



Aku pelik la dengan Malaysian ni..bukan semua la..maksud aku audience Malaysia untuk acara hiburan...seperti anugerah..akademi fantasia atau apa2 je la..rancangan yang berbentuk penghargaan...

Apa yang aku pelik ialah
1. BIAS - Terlalu menunjukkan pilih kasih dengan hanya bagi sorakan dan semangat kepada artis kesayangan mereka saja...
2. BIADAP - Kutuk & suka "boo" kepada artis2 yang mereka tidak hormati

Sebagai contoh anugerah bintang popular baru2 ni..bila waktu nama Siti Nurhaliza, Tiz Zaqyah dan lain2 yang still diterima diumumkan..semua sorak bagai nak rak...tepuk tangan gemuruh...


Fasha Sandha Sering Dicemuh Angkara Kisah Yang Basi..sabarlah Fasha..ada Hikmah..


Tetapi bila nama Fasha Sandha & Mawi diumumkan..."boooooooooooooo" je yang dapat..

KENAPA? Mereka berdua sudah tidak ada hati, perasaan & maruah lagi ke?..fikir2 lah..diorg tak sedih ke dengan sikap biadap audience Malaysia ni...

Fauzi rasa artis2 lain yang still glamour sure takut and risau kerana mereka juga tidak akan selamanya popular..adakah setelah zaman mereka sudah jatuh..diorg pun akan menerima nasib yang sama?..hmmm...

Dalam Akademi Fantasia pun..apabila peserta seperti Nad, Iwan, Maulana yang nyanyi..sorakan bagai nak rak..but bila Anum, Farina..xde sape nak sorak pun..walau mereka bagus...

Contohilah audience American....Mereka sangat bagus!!Sebagai contoh dalam majlis amugerah..setiap calon diumumkan ..sorakan riuh bergema satu stadium..sama juga dalam American Idol..semua peserta walau nyanyi hampeh pun..sorakan bergema akan diperoleh...jika Simon Cowell kutuk..semua penonton tak gelak pun malah "boo" tanda protes...

Jika Adlin kutuk peserta Af..semua penonton sama2 gelak..kutuk peserta juga..

Kesimpulannya audience Malaysia terlalu BIAS, PENTINGKAN DIRI SENDIRI & TIDAK HORMAT ARTIS!!!Macam mana industri Hiburan Malaysia nak maju? hmm..hampeh...

P/S : Crite ni hanya untuk yang "siapa makan cili, dia terasa pedasnya"..yang tak rasa pedas tu..diam2 je k...adios

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: