Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Magika Kuasai Pencalonan FFM23!!!


Ziana Zain


Redza Minhat


Fazura


Maya Karin


Putri Mardiana

Magika diberi penghargaan dengan mendapat banyak pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke 23 yang akan diadakan pada 24 Oktober ini dengan menerima 12 pencalonan...Tahniah!!!

Aku sebagai pencinta filem..tak kisahle filem orang putih atau melayu...aku memang pencinta seni hiburan...aku sekadar mahu berkongsi siapa dan kenapa aku meramal atau mengharap dia menang sesuatu kategori dalam FFM23 ini...

Aku hairan kenapa filem yang sehebat Duhai Si Pari-Pari tidak tersenarai pun dalam pencalonan akhir...sedangkan filem tu yang buat aku tidak jemu-jemu menonton beberapa kali...lakonan mantap Que Haidar & Liyana Jasmay dalam filem itu juga tidak tersenarai dalam mana-mana kategori untuk pelakon diiktiraf terbaik...HAIRAN!!!

Ramalan Pemenang FFM 23 Oleh Aku...

1.PENGARAH FILEM TERBAIK
A.Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
B.Mamat Khalid - Estet
C.Jason Chong - Belukar
D.Farid Kamil - V3 Samseng Jalanan
E.Ahmad Idham - Adnan Semp-It

Pilihan Aku : Jasong Chong - Belukar
Sebab : Filem ini seperti filem orang putih yang penuh konflik dan bukan seperti cerita filem-filem melayu yang biasa

Saingannya : Mamat Khalid - Estet
Sebab : Pemenang FFM yang lalu dan paling senior berbanding calon-calon yang lain yang lebih muda

2.PELAKON LELAKI TERBAIK
A.Bront Palarae - Belukar
B.Esma Daniel - Santau
C.Farid Kamil - Lagenda Budak Setan
D.Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
E.Zul Huzaimy - Haq

Pilihan Aku : Bront Palarae - Belukar
Sebab : Cerita ini yang penuh rumit dan aksi membuatkan lakonan Bront tidak semudah yang disangka...beliau berjaya melakonkan watak ini dengan berkesan

Saingannya : Esma Daniel - Santau
Sebab : Satu-satunya lakonan Esma Daniel yang sangat hebat menerusi...SANTAU!!!

3.PELAKON WANITA TERBAIK
A.Putri Mardiana - Santau
B.Jasmin - Estet
C.Lisa Surihani - Lagenda Budak Setan
D.Maya Karin - Pisau Cukur
E.Mislina Mustaffa - Karaoke

Pilihan Aku : Putri Mardiana - Santau
Sebab : Bagi aku sememangnya tiada saingan untuk menepis lakonan mantap daripada Putri Mardiana dalam Santau...sekiranya beliau tewas...aku sangat simpati padanya...

4.LAKON LAYAR TERBAIK
A.Ahmad Idham - Niyang Rapik
B.Azhari Mohd Zain - Santau
C.Jason Chong - Belukar
D.Jumaatun Azmi - Haq
E.Mamat Khalid - Estet

Pilihan Aku : Jumaatun Azmi
Sebab : Filem ini mendapat sentuhan pengarah yang berjaya di luar negara..hmm Hong Kong kot...walau aku tidak pernah menonton filem ni..tapi dengar2 filem ini banyak aksi seperti filem aksi Hong Kong....jikalau begitu..pasti sukar bagi lakon layar...

Saingannya : Jason Chong - Belukar

5.CERITA ASAL TERBAIK

A.Ahadiat Akashah - Lagenda Budak Setan
B.Brian Iskandar Zulkarim - Haq
C.Edry KRU - Magika
D.Mamat Khalid - Estet
E.Uttam Kumar Thangiah - Pulau Asmara

Pilihan Aku : Edry KRU - Magika
Sebab : Cerita asalnya menggabungkan pelbagai kisah dongeng melayu mencetuskan fenomena.

6.SINEMATOGRAFI TERBAIK
A.Abang (Indra Che Muda) - Estet
B.Abang (Indra Che Muda) - Santau
C.Mohd Noor bin Kassim - Magika
D.Raja Mukhriz - Niyang Rapik
E.Ramli Long - Belukar

Pilihan Aku : Mohd Noor bin Kassim - Magika
Sebab : Sinematografi seperti kisah dongeng yang sangat cantik

Saingannya : Abang (Indra Che Muda) - Estet
Sebab : Suasana Estet yang jarang diketengahkan

7.PENYUNTING TERBAIK
A.Syamsul Yusof & Hisham Jupri - Evolusi KL Drift 2
B.Ahmad Mustadha Bin Samingon - Niyang Rapik
C.Brian Ng (Kang)- Santau
D.Brian Ng (Kang)- V3 Samseng Jalanan
E.Lim Shwu Fen - Belukar

8.SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
A.James Baum - Evolusi KL Drift 2
B.Brian Ng (Kang)- Santau
C.Brian Ng (Kang)- Niyang Rapik
D.Brian Ng (Kang)- V3 Samseng Jalanan
E.Edry (KRU)- Magika

9.PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
A.Shaheizy Sam - Evolusi KL Drift 2
B.Bront Palarae - V3 Samseng Jalanan
C.K.S Maniam - Estet
D.Que Haidar - Lagenda Budak Setan
E.Zul Handyblack - Santau

Pilihan Aku : Que Haidar
Sebab : Aku benci dia dalam filem ini

Saingannya : Zul Handyblack - Santau ( Aku pelik coz lakonan mantapnya dalam Mantra tak de pun...maybe filem ini tak dipertandingkan lagi kot ye...tapi dah ditayangkan..)

10.PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
A.Reanna - Adnan Semp-It
B.Lisa Surihani - V3 Samseng Jalanan
C.Fazura - Lagenda Budak Setan
D.Raja Farah - Haq
E.Ziana Zain - Magika

Pilihan Aku : Ziana Zain - Magika
Sebab : Wataknya sudah sukar iaitu nenek vouge...

Saingannya : Fazura
Sebab : aku rasa Ziana Zain tiada saingan...just nak kata yang kalau Ziana kalah pun biarlah Fazura yang menang cpz aku suka dia hehehe

11.PENATAAN SENI TERBAIK
A.Johan Lucas & John Kajang - Magika
B.Irwan bin Idris - Lagenda Budak Setan
C.Irwan Mazwan & Johan Lucas - Jin Notti
D.Dewa - Estet
E.Jimmy - Evolusi KL Drift 2

12.LAGU TEMA ASAL TERBAIK
A.Edry (KRU)- Magika
B.Cat Farish - Niyang Rapik
C.Edry (KRU) - My Spy

Pilihan Aku : Edry (KRU)- Magika
Sebab : Semua lagu-lagu dalam filem ini berkualiti terutamanta lagu Rahsia Awet Muda nyanyian Ziana Zain...

13.PENATAAN BUNYI TEEBAIK
A.Brian Ng (Kang)- V3 Samseng Jalanan
B.James Baum - Evolusi KL Drift 2
C.Brian Ng (Kang) - Santau
D.Brian Ng (Kang) - Adnan Semp-It
E.Edry (KRU), Mohd Mohsin bin Othman, Amaludin Syukri bin Suhaimi Nasution - Magika

14.PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
A.Fimie Don - Magika
B.Amirul Adli Bin Mohamed Norin - Haq
C.Ammar Adli Bin Mohamed Norin - Haq
D.Echa - Santau

15.PENGARAH HARAPAN
A.Edry (KRU)- Magika
B.Jumaatun Azmi & Clhor - Haq
C.Farid Kamil - V3 Samseng Jalanan
D.Jason Chong - Belukar
E.Rosihan Zain - Hooperz

Pilihan Aku : Edry KRU - Magika
Sebab : Mungkin FFM melihat potensi Edry dengan syarikatnya yang melampaui antarabangsa dan bakal kehadiran filem epik unggul Malaysia iaitu Hikayat Merong mahawangsa hasil daripada syarikatnya...ia sebagai penyuntik semangat Edry dan keluarganya untuk menghasilkan banyak lagi filem-filem yang berkualiti

Saingannya : Semua..kecuali Rosihan Zain - Hooperz
Sebab : Hooperz tidak sesukar ciptaan filem-filem yang lain walau filem Hooperz sangat hebat dan menghiburkan

15.PELAKON HARAPAN LELAKI
A.Shashi Tharan - Estet
B.Kamal Adli - Niyang Rapik
C.Remy Ishak - Evolusi KL Drift 2
D.Sheikh Bolkhiah - Pulau Asmara
E.Redza Minhat - Pisau Cukur

Pilihan Aku : Redza Minhat - Pisau Cukur
Sebab : Seorang pelakon muda yang hensem dan berbakat dan juga muka fresh...jika diberi peluang berlakon banyak filem...sudah pasti ia pelapis yang hebat...

Saingannya : Sheikh Bolkhiah - Pulau Asmara
Sebab : Jika ada unsur simpati...kerana beliau dikhabarkan mengalami kemalangan ngeri sehingga lumpuh dan koma...tetapi status kesihatannya Fauzi tidak tahu le..kemalangan itu berlaku dah lama...semoga beliau sihat hendaknya...amin

16.PELAKON HARAPAN WANITA
A.Daphne Iking - Belukar
B.Adrea Abdullah - 2 Alam
C.Asyikin Kamal - Lagenda Budak Setan
D.Shasha Arsheela - Pulau Asmara
E.Putri Mardiana - Santau

Pilihan Aku : Putri Mardiana - Santau
Sebab : Jangan kerana kemenangannya dalam kategori ini membuatkan dia kalah dalam kategori pelakon wanita terbaik pula...beliau layak untuk kedua-dua kategori

17.PEREKA KOSTUM / BUSANA TERBAIK
A.Dee Hasnan - Magika
B.Dee Hasnan - Jin Notti
C.Inazs - Santau
D.Rosada Abd. Hamid - Haq
E.Nasirah Ramlan - My Spy

Pilihan Aku : Dee Hasnan - Magika
Sebab : Kostum pelbagai watak dongeng

18.POSTER TERBAIK

A.Belukar


B.Estet


C.Magika


D.Pisau Cukur


E.V3 Samseng Jalanan

Pilihan Aku : Pisau Cukur
Sebab : Nampak simple..cantik...dan berkesan hehehe

Saingannya : Magika "aku yakin Magika yang menang"

19.FILEM KOMEDI TERBAIK
A.My Spy
B.Adnan Semp-It
C.Kapoww!!
D.Magika
E.Pisau Cukur

Pilihan Aku : Pisau Cukur
Sebab : Elegen & Berkualiti...

Saingannya : Magika "tapi macam kurang sesuai dgn kategori ini"

FILEM TERBAIK
Santau

Pilihan Aku ..sebab: Filem Melayu seram pertama yang mempunyai kualiti cerita yang hebat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: