Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Tahniah Magika...Paling Layak Menang Filem Terbaik!!!





Tahniah Magika!!!Kau memang paling layak menang filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 ini...Mula-Mula aku tak terfikir yang juri akan iktiraf filem ini sebagai filem terbaik kerana ia muzikal dan bukan berlandaskan drama...tetapi juri iktiraf juga...baru best...Tahniah....Filem unik macam ini mmg layak diiktiraf dan aku yakin tiada pertikaian...

Aku hairan...kenapa filem Duhai Si Pari-Pari tiada dalam senarai terus ya?...sedangkan filem ni aku tonton berulang-ulang kali dalam Box-Office astro...tak jemu-jemu..lawak giler ....sepatutnya calonkan dalam filem komedi terbaik pun dikira ok le kan...pelik betul...lakonan Que Haidar & Liyana Jasmay serta Nabila Huda pun hebat dalam filem ini tetapi seorang pun tak tersenarai...pelik2...

Duhai Si Pari-Pari..Berkualiti Dan Menghiburkan...Tetapi Tidak Dipandang Oleh FFM23


Kehebatan Pelakon Baru Putri Mardiana Dipandang Sepi...Mungkinkah Faktor Popular Juga Mempengaruhi Juri?...

Lagi pelik dengan kemenangan Lisa Surihani menerusi filem Lagenda Budak Setan untuk...Pelakon Wanita Terbaik?apa kes!!! Lakonan Lisa hanya pendek ja...bukan susah pun watak dia...ala...juri mesti terharu lihat aksi di dipukul dan dibalun suaminya Azmi iaitu lakonan Que Haidar....setahu aku aksi lakonan Que Haidar yang hebat dan menghidupkan watak Lisa tu...tetapi kenapa juri tak nampak kehebatan Que...tetapi iktiraf Lisa Surihani pula..hampeh...

Sepatutnya pemenang kategori itu ialah Putri Mardiana dalam Santau...simpati kat Putri...coz lakonan pertamanya sangat memukau tapi tak diiktiraf...hampeh betul...!!!Maybe Putri tak glamour kot...adoi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: