Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Kehebatan Nadiku Tak Dihargai MM25!!!



Sabhi Saddi

Kecewa aku dengan penjurian Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 di minggu pertama...Lagu Nadiku bagi aku lagu yang sangat hebat dan menyentuh perasaan...jarang kita dengar lagu seperti itu di Malaysia...apatah lagi nyanyian dari seorang penyanyi lelaki yang bersuara macho...hampeh...ia tak dihargai...

Sebab-sebab ia tidak terpilih masuk top 6 kemungkinan...Sabhi Saddi? yup...kerana dia glamour ke? berapa ramai yang kenal?...mungkin sebab itu...ye la..surela TV3 nak masukkan artis-artis yang POPULAR yang dapat menarik ramai penonton di Stadium nanti...ye la kan...kena bayar...kalau artis tak glamour macam Sabhi Saddi yang buat konsert...sape nak bayar...hampeh betul JIKA mereka fikir begitu...

Aku dah mula tak sedap hati apabila giliran Sabhi Saddi yang ke 29 ditukar ke minggu pertama...hmmm...kenapa la macam tu...kalau top 6 tidak diumumkan lagi bagus....biar semua top12 yang ke AJL diumumkan minggu akhir semi-final...tak le jatuhkan semangat dan harapan artis-artis yang tiada dalam senarai top 6

Kenapa pemilihan top 6 masih di takuk lama?Diorang kata nak lagu yang boleh diharap ke dunia kan...tetapi kenapa masih ada lagu-lagu berentak 80an 90an tersenarai dalam top 6 terbaik?...buruk ke lagu Nadiku, Inilah Cinta & Oh Juwita?...

Bagi aku...lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan & Sejujur Hatimu tidak layak ke AJL pun...tetapi dipilih masuk top 6...hampeh...Ya aku setuju lagu Shahir sangat best...ya aku pun suka lagu tu..suka nyanyi lagu tu....tapi adakah lagu ni dipilih atas faktor terbaik? tidakkk....ia hanya dipilih kerana Shahir sangat popular dan dapat menarik minat ramai penonton seperti ramainya penonton di konsert akhir akademi fanrasi 8...jika benar lagu ini terbaik...kita lihat adakah lagu ini akan tersenarai dalam AIM tahun depan...

Lagu Adibah Noor pula...sangat klise...sama je macam rentak lagu Terlalu Istimewa...lagu-lagu Azlan Abu Hassan...kedengaran sama ja...walau kedengaran best...tapi tiada perubahan...adakah ini yang dimahukan industri muzik Malaysia...still di takuk lama?...entah la...Lagu Hafiz pula kedengaran sama je dgn kebykan lagu balada kat Malaysia ni...bosan....

Aku dapat rasakan yang diorang mahu pilih bekas-bekas ahli AJL je masuk AJL...kita lihat nanti pasti Aizat & Meet Uncle Hussein juga akan dipilih...ye la..diorang mahu juara lawan juara...walau lagu hampeh...aku rasa konsert AJL nanti tak ubah seperti Konsert Jom Heboh ja dengan adanya Faizal Tahir...Hujan...Adibah Nor...maybe Black...Aizat...entah la...

Apa-apa pun aku hanya suka Yuna je dalam Top 6...lagu Yuna memang ada kelas tersendiri...dan aku berharap hanya Yuna je yang layak ke AJL untuk semi final pertama ini...

NADIKU - SABHI SADDI
Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikan ku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Anonymous said...

Setuju!! Nadiku memang patut ke AJL!!!!

Anonymous said...

Hai en.Fauzi...saya sepupu Sabhi Saddi...turut kecewa..dgn keputusan..ajl...25..hampeh tol...jnji tv3 tiap2 thun ada pembaharuan..tp...ermmmmm xde beza pun masih ditakuk lama n pilih kasih...

xper lah mebe lom rzki sabhi..moga ada die dpt lagi peluang ini..pd masa hadapan...

trima kasih kerana menyokong sabhi@boy...

Fauzi Gonzalez said...

Yup...semoga Sabhi Saddi berjaya di AIM nanti...dulu lagu Sayang Giler pun best gak...

tapi boleh ke diorg nak bagi Sabhi win AIM...coz tentu pilih artis mereka juga kan...FT...hmmm...

syamean said...

setuju gak with u...nape sabhi saddi xmasuk??demm la jury...pilih kasih...

Fauzi Gonzalez said...

hmmm...diorg nak pilih artis popular...bukannya lagu berkualiti...penonton sekarang pun rasa2 lebih pandai menilai...tapi nak buat mcm mana kita ni just taraf penonton...kononnya diorang juri...bermakna diorang semua pandai... lagu Azmeer ..Terhenti Di Tanda Koma by Nani...tak layak ke semi-final pun...lagu Edry Hashim...brapa lagunya berjaya ke semi sebelum ni?...pengadil2 pun tak berjaya sangat...hampeh...panggil la M.Nasir ke...yasin ke..n bhgn vokal biar le syafinaz n paul moss...

tengku said...

strongly adree dude...
aku pon tak faham kenapa juri juri kat malaysia tak dapat nampak bakat baru yang nak menyinar walaupon bukan dari program reliti...

geram sangat sabhi sadhi tak dapat masuk...
tv3 tak adil...
hmmmmmmmmm...

Fauzi Gonzalez said...

tak pe....keputusan rasmi dah dikeluarkan...kita terima ja...huhu