Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Ya Allah...Permudahkan Segalanya Untukku!!!






Bermula selasa lalu aku dikhabarkan kawan-kawan sewaktu denganku yang telah berjaya melalui temuduga guru pada bulan Ogos lalu telah menerima Rezeki dariMu ya Allah...Bertuah mereka...walau mereka mendapat penempatan guru jauh dari kampung halaman iaitu di Sabah dan Sarawak...tetapi sekurang-kurangnya mereka telah mengetahui akan rezeki yang akan diterima olehMu akan datang...

Bagaimana pula dengan aku? kawan-kawan aku yang lain? yang telah memohon penempatan di negeri-negeri di sebelah Semenanjung Malaysia...adakah kami akan mendapat penempatan di negeri idaman kami? atau sebaliknya...hanya Engkau yang Maha Mengetahui...

Aku telah memohon penempatan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur...Adakah aku akan mendapat penempatan di salah satu tempat diminta? wallahhuallam...

Aku sedar dalam minggu ni..posmen rancak menjalankan tugas mereka dengan memberi khabar kepada bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di Sabah atau Sarawak...Walau aku tidak minta ditempatkan di sana..tetapi dalam hati juga berharap akan mendapat surat dari sana...mesti korang fikir..aku ni macam serius je nak pergi sana kan...bukannya apa...aku just risau...risau?

Ya aku risau...sekiranya surat dari KPM pun tak dapat...dan keputusan di website pun tidak memihak kepada aku...astaghfirullah al'azim..Ya Allah..tolong aku...berilah aku peluang untuk ditempatkan di salah satu sekolah di Malaysia ini dalam waktu terdekat ini...

Oleh itu...aku tidak kisah walau di mana sekalipun aku ditempatkan..kerana semuanya rezeki dari Allah s.w.t...Biarlah kalau aku dapat Sabah atau Sarawak sekalipun...aku hairan..kenapa ramai sangat takut pergi sana...aku rasa di mana pun sama sahaja...sekurang-kurangnya dapat juga penempatan daripada tidak dapat penempatan dan perlu menunggu dan menunggu lagi penempatan tahun depan iaitu bulan January..

Ya Allah...berilah tempat terbaik kepadaku dan mudah-mudahan berjaya la aku mendapat penempatan pada bulan November ini...Amin...

Sejenak....

Aku mencari gambar mana yang sesuai untuk diletak bersama post ini..tup..tup...gambar semasa latihan mengajar aku ...Ya Allah...aku rindu pada mereka...terutamanya Kristina Dafit & Goh Hui Kee...banyak kenangan aku dengan mereka....Tharsh & Shalini juga...tidakkkkkkkkkk.....rindunyaa.... aku teringat pada Goh Hui Kee & Tharsh yang kerap disakat olehku...maaf ya...aku suka bergurau dengan hangpa dua...aku rindu kat hangpa...Kenangan aku bersama Shalini membawa atlet ke sukan di USM juga tidak akan dilupakan

dan sudah semestinya kepada Kristina Dafit...insan yang sentiasa bersamaku setiap pagi...menunggu bas rapid...kalau tak di Sungai Dua...Di Bukit Gambir...huhu...rindunya aku kat hang Kristina...kalau aku dengar lagu Train - Hey, Soul Sister pasti aku ingat hang...ye la..setiap pagi ko asyik buka lagu ni je...hmmm...nak sambung citer pasal aku & Tina kat ruang lain la...ada banyak yang aku nak kongsi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

amin..amin..giliran awak dah lepas..sekarang giliran saya untuk praktikal di sekolah,,saya sangat takut,tak tahu nak buat apa..nervous sangat2..hope cikgu sekolah 2 semuanya dapat membantu..

Fauzi Gonzalez said...

praktikal kat mana?...gud luck