Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Faizal Tahir Mewarisi Noraniza Idris Dalam AJL...Tahniah Ana Raffali Juara AJL25...


Daripada separuh akhir lagi aku duk canang pada member-member terdekat dan juga kakak dan mak aku yang Ana Raffali dengan Tolong Ingatkan Aku bakal juara AJL25...Tetapi semua seperti tidak ambil endah kerana kebanyakkannya fikir Faizal Tahir...Shahir atau Yuna...

Kalau tanya aku kenapa Tolong Ingatkan Aku? Kerana muzik yang simple dan bertaraf antarabangsa yang baru nak diketengahkan di Malaysia oleh Ana Raffali sendiri...

Tetapi jika tanya siapa yang aku harap untuk juara tentunya Ku Ada Kamu daripada Adira...tapi nak buat macam mana...dah xde rezeki Adira...Tahniah Adira...persembahan yang memukau dan mantap...lawak bila Faizal & Ally kata bayangkan kalau Adibah Noor yang minta dinaikkan seperti Adira....hahahha

Keseluruhannya...pentas AJL25 sangat SEMAK...tak elok langsung...serabut...tetapi keputusan sangat memuaskan...walau aku tak minat lagu Drama King & Noktah Cinta...

perasan atau tidak yang Faizal Tahir sudah menjadi macam Noraniza Idris...jika dahulu semua ternanti-nantikan persembahan meriah daripada ratu tradisional itu...sekarang semua ternanti apakah aksi giler Faizal Tahir pula...apa-apa pun tahniah la kat kedua-dua artis ini kerana berusaha untuk mempamerkan persembahan menarik walau tidak bergelar juara...

NOTE : Tak suka bila lagu United States Of Eurasia by Muse dimasukkan dalam segmen Faizal Tahir hanyut dalam air...lagu Muse itu terbaik dunia...mana boleh diceduk masuk dalam pertandingan...mujur tak menang any kategori lagu...TAPI...persembahan Faizal Tahir memang over dan Terbaik!!!Bravo!!!

KEPUTUSAN AJL25
Juara - Tolong Ingatkan Aku ( Ana Raffali )
Naib Juara - Drama King ( Meet Uncle Hussein & Black )
Ketiga - Noktah Cinta ( Hafiz )
Vokal Terbaik - Hafiz ( Noktah Cinta )
Persembahan Terbaik - Faizal Tahir ( Hanyut )

LIRIK LAGU JUARA : TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: