Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Jangan Hipokrit...Akademi Fantasia Tetap Paling Best!!!


Juara-Juara Akademi Fantasia

Aku benci giler apabila lihat ramai yang kutuk-kutuk Akademi Fantasia...kononnya AF tak best la...jangan buat lagi la...PLZZZZZZZZZZ!!!...Demi Allah...korang yang kutuk tu serius ke tak ternanti-nanti AF?...Masa sekarang memanglah tak tertunggu-tunggu...tetapi apabila sudah bermula AF...korang tak tengok ke?...Tolong lah...jangan tipu diri sendiri...korang sure akan tengok juga KECUALI yang tiada Astro...dan sure korang akan cuba cari kelemahan AF dan kutuk dalam blog atau Channel @15...

JIKA sememangnya korang ANTI AKADEMI FANTASIA...Jangan tengok terus...macam aku...aku tak minat Bintang RTM,Mentor, dan segala-gala realiti TV nyanyian yang lain selain AF,Malaysian Idol & One In A Million...aku tak ada masa nak tonton rancangan sememangnya aku tak suka....

Aku just pelik kat orang-orang yang ANTI AF...diorang tak suka...tapi still tengok...jika diorang tak tengok...kenapa diorang leh tahu segala perkara yang berlaku dalam AF?...Fikir-fikirkanlah...

Akademi Fantasia 9 akan diadakan nanti dan dikatakan yang terakhir...ramai yang kutuk seolah mahu AF dihentikan sekarang saja....KENAPA?KENAPA AF SAHAJA?

Setahu aku AKADEMI FANTASIA adalah rancangan yang sememangnya POPULAR....diarinya pun POPULAR...buat penonton ternanti-nanti tugasan...ada ke perkara ini berlaku kat rancangan realiti lain? tak kan...

Aku tak minat Mentor...TETAPI...Mentor 3 saja aku tonton sebab apa?sebab ZIANA ZAIN....

So...aku just harap kepada sesiapa yang dengki dan anti AF tu...udah-udah la ya kutuk AF...kenapa benci sangat AF?...rancangan Mentor...Bintang RTM...My Star LG...korang tak dengki pun...kalau tak suka...diam dan jangan tengok terus...kepada yang tak tengok terus coz benci AF...gracias aku ucapkan...BUT kepada yang benci AF tetapi still tonton...mmg HIPOKRIT...Allah mengetahunya...

adakah bintang AF lebih popular cepat dan mendapat banyak liputan yang buat korang jeles?...fikir-fikirkan...

Tak kisahlah juara laku ke tak laku...yang penting mereka adalah bintang dikenali ramai berbanding juara-juara rancangan realiti TV yang lain....

Aku tak kutuk kat semua orang...sorry kalau terasa...jika terasa itu bermakna kamulah orangnya...jadi...cepat-cepatlah bertaubat...mana tau kejap lagi nyawa kamu akan dicabut...adios!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: