Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Parvati Memang Layak Juara Survivor Micronesia...Bravo!!!




Parvati : Juara Survivor Micronesia

Tahniah buat Parvati kerana berjaya memenangi Survivor Micronesia, dengan 5 undian berbalas 3 undian kepada Amanda yang dianggap sebagai adik angkatnya...

Aku tersentuh dengan perhubungan adik kakak angkat ini sehingga berjaya membawa dan mengekalkan mereka ke peringkat akhir...Hal ini dapat dilihat pada Parvati yang sangat risau akan penyingkiran Amanda pada setiap Tribal Council...Beliau banyak memberi idea hebat kepada Amanda supaya dapat berjaya melepaskan diri daripada diundi keluar...

Parvati juga bijak mengatur strategi dengan menyingkirkan semua peserta yang dianggap hebat...semua peserta wanita kelihatan setuju dengan ideanya. Tetapi top 4 wanita yang tinggal terpaksa memecahkan monopoli mereka... Tetapi aku rasa Natalie & Cirie pun sedar yang mereka hanya akan kekal sekiranya imuniti di tangan mereka...tetapi itu tidak berlaku dan tidak ada kejutan dengan penyingkiran mereka kerana Parvati dan Amanda tidak akan mengundi keluar sesama sendiri...

Aku setuju dengan kata-kata James bahawa...Amanda boleh rasa sebagai pemenang kerana bersama Parvati yang bermain dengan strategi dengan menyingkirkan pemain hebat dan menyakitkan semua peserta? betulkah? jika betul sudah tentu Amanda juara...

Ini dapat dilihat oleh setiap juri wanita iaitu Cirie, Natalie, Alexis dan Eliza mengundi Parvati sebagai pemenang...Jadi, ini menunjukkan mereka hormat permainan hebat Parvati... undian kelima daripada Jason.

James, Erik dan sudah tentu buah hati Amanda iaitu Ozzy mengundi Amanda sebagai pemenang...tetapi rezeki berpihak kepada Parvati...

Bagi aku...aku tak suka pemenang Survivor yang bermain "selamat"..dengan buat baik dan tidak bermain strategi untuk kekal...

Apa-apa pun tahniah Parvati Shallow...u memang layak!!!


Amanda : Naib Juara Survivor Micronesia


Aksi Romantik Pasangan Kekasih Amanda & Ozzy




Ozzy Seorang yang Handsome Dan Menjadi Saingan Parvati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: