Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Pilihan Dan Ramalan Anugerah Bintang Popular 2011...


Fasha Sandha

Senarai TOP 5 setiap kategori telah diumumkan beberapa hari yang lalu dan aku sudah pasti tidak ketinggalan membeli paper setiap waktu...tak kisah lah berapa naskhah paper sekalipun...biar orang lain kata aku gila...janji aku dapat borang yang aku perlukan itu...

Sekarang aku akan beritahu siapakah yang aku undi dan ramalan aku terhadap siapa yang bakal menang...

kalau ada dua pilihan aku dalam sesetengah kategori bermaksud aku undi mereka dalam borang yang berlainan ok...

UNDIAN AKU...

A.PENYANYI LELAKI POPULAR
01.Aizat
02.Anuar Zain
03.Black
04.Faizal Tahir
05.Hafiz

Undian Aku : Anuar Zain
Ramalan 1: Anuar Zain sangat popular dengan lagu Sedetik Lebih ditambah dengan kontroversi AIM sudah cukup kuat untuk menarik undian....

Ramalan 2 : Faizal Tahir dan Aizat juga kuat untuk kategori ini....

NOTA : Hazama tak tersenarai TOP 5? Hehehe...aku ingat dia yang akan menang kategori ini....

Semoga Alyah berjaya...

B.PENYANYI WANITA POPULAR
01.Alyah
02.Najwa Latif
03.Shila Amzah
04.Stacy
05.Yuna

Undian Aku : Alyah
Ramalan : Yuna sebab dia memang popular...senang cerita kategori ini sangat sengit...

NOTA : Geram gila sebab Mila & Ziana Zain tidak tersenarai TOP 5...Benganglah macam mana Najwa Latif boleh tersenarai sedangkan lagu facebook ja pun...hampeh!!!

C.ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
01.6ixth Sense
02.Bunkface
03.Forteen
04.Jaclyn Victor / Ning Baizura / Shila Amzah
05.Meet Uncle Hussain / Hazama

Undian Aku : 6ixth Sense & Jaclyn Victor / Ning Baizura / Shila Amzah
Ramalan : Kedua-dua undian aku berpotensi menang...kita lihat siapakah antara dua grup ini yang bertuah...

D.ARTIS BARU LELAKI POPULAR
01.Aeril Zafrel
02.Awi Rafael
03.Beto Kusyairi
04.Hazama
05.Johan Ariff As'ari

Undian Aku : Johan Ariff As'ari
Ramalan : Pencabar Johan sudah tentu Hazama...

E.ARTIS BARU WANITA POPULAR
01.Izara Aishah
02.Najwa Latif
03.Neelofa
04.Nur Fathia
05.Tasha Shila

Undian Aku : Tasha Shila

Ramalan : 100% pasti Najwa Latif...pasti ramai pengundi dia akan lancar serangan...tak sukanya akuuuuu....sebab aku rasa kategori ini hanya layak buat NERA yang sangat popular dengan lagu yang sangat indah iaitu Hatimu Milikku...serius aku cakap aku tak tahu pun siapa itu Nur Fathia...layak ke masuk TOP 5? huhuhu


Syamsul Yusof juga layak diiktiraf Bintang Paling Popular

F.PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
01.Aaron Aziz
02.Adi Putra
03.Bront Palarae
04.Shaheizy Sam
05.Syamsul Yusof

Undian Aku : Syamsul Yusof
Ramalan : Sudah tentu saingannya Shaheizy Sam dan 'Hariz' iaitu Aaron Aziz

G.PELAKON FILEM WANITA POPULAR
01.Diana Danielle
02.Eja
03.Lisa Surihani
04.Maya Karin
05.Yana Samsudin

Undian Aku : Maya Karin

Ramalan : Aku tak suka Lisa Surihani...aku tahu dia yang akan menang huhuhu...tapi aku rasa paling layak menang ialah Yana Samsudin sebab semua filem lakonannya meletup...

H.PELAKON TV LELAKI POPULAR
01.Aaron Aziz
02.Adi Putra
03.Fauzi Nawawi
04.Fizz Fairuz
05.Remy Ishak

Undian Aku : Aaron Aziz
Ramalan : Aku tak berapa tertarik nak komen kategori ini....mungkin pelakon Tentang Dhia bakal buat kejutan kot...

I.PELAKON TV WANITA POPULAR
01.Fasha Sandha
02.Nora Danish
03.Rozita Che Wan
04.Scha Alyahya
05.Tiz Zaqyah

Undian Aku : Fasha Sandha
Ramalan : Paling layak ialah FASHA SANDHA...Tetapi aku rasa Nora Danish pasti akan beri saingan terhadap Fasha...

J.ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
01.Afdlin Shauki
02.Along Cham
03.Johan
04.Nabil
05.Zizan Razak

Undian Aku : Afdlin Shauki
Ramalan : Tolonglah bagi ahli Boboy ni menang haha....lawaknya sketsa Datin Maimon...huhu...aku harap sangat Harun Salim Bachik, Sathiya dan Jepp Sepah tercalon tapi malangnya tiada....tapi saingan sudah tentu lah Zizan atau Johan....

K.ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
01.Alliza Abdullah @ Enot
02.Didie Alias
03.Kenchana Dewi
04.Noorkhiriah
05.Sharifah Shahira

Undian Aku : Kenchana Dewi
Ramalan : Tolonglah jangan undi Noorkhiriah!!! Aku tak rasa dia komedi...tapi kalau watak airmata aku bagi markah 100% kat dia sebab dia memang pelakon terbaik kalau cerita sedih-sedih...tapi kalau komedi aku rasa Sharifah Shahira lagi layak kot...aku undi Kenchana Dewi sebab dia pun layak...

L.PENGACARA TV LELAKI POPULAR
01.Ally Iskandar
02.Awal Ashaari
03.Aznil Nawawi
04.Faizal Ismail
05.Zizan Razak

Undian Aku : Aznil Nawawi
Ramalan : Saingan Aznil hanya Zizan

M.PENGACARA TV WANITA POPULAR
01.Cheryl Samad
02.Fara Fauzana
03.Nurul Syuhada
04.Raja Azura
05.Sharifah Shahira

Undian Aku : Cheryl Samad
Ramalan Aku : Fara lagi...Fara lagi...rancangan apa dia buat? aku tak tahu pun...dulu Melodi ye la...sekarang?...maybe aku jarang tengok TV...tapi jarang-jarang tengok TV pun aku masih tahu rancangan Muzik-Muzik dan Juara Lagu dan siapa pengacaranya iaitu Cheryl Samad....so? Cheryl lagi layak walau aku tahu ramai yang mengundi Fara...HMMM....

N.PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
01.AG
02.Aznil Nawawi
03.Faizal Ismail
04.Halim Othman
05.Khairil Rashid @ Krill

Undian Aku : Aznil Nawawi
Ramalan : Saingan Aznil pastilah Faizal Ismail...tapi berilah pula kat Aznil asyik Faizal ja...tapi Faizal Ismail memang layak pun...

O.PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
01.Abby Fana
02.Fara Fauzana
03.Linda Onn
04.Raja Azura
05.Sharifah Shahira

Undian Aku : Raja Azura
Ramalan : 100% ramai akan undi Fara punya...tolonglah takkan setiap tahun nak pemenang yang sama kot...aku rasa Raja Azura & Sharifah Shahira lagi best ape ...setiap tahun diorang mengacara ABP semuanya suka dan ketawa lihat gelagat diorang tapi tak pernah diiktiraf langsung....



Ziana Zain...Dulu...Kini...Selamanya di hatiku

P.ANUGERAH SERI PERAK
01.Aishah
02.Zainal Abidin
03.Eman Manan
04.Datin Sofea Jane
05.Datuk M.Nasir
06.Ziana Zain
07.Datuk Siti Nurhaliza
08.Rosyam Nor
09.Saiful Apek
10.Mawi
11.Nabil
12.Shaheizy Sam

Undian Aku : Ziana Zain
Ramalan : Aku undi Ziana Zain sebab dialah artis paling aku suka dalam Malaysia...sebab dari kecil aku membesar dengan membeli album dia...walau aku tahu dia tak akan menang sebab bagi aku HANYA Datuk Siti Nurhaliza saja yang paling layak diiktiraf dalam kategori ini atau Bintang Paling Popular


Siti Nurhaliza palik layak Bintang Paling Popular...TIADA TANDINGAN!!!

BINTANG PALING POPULAR
Undian Aku : Fasha Sandha
Ramalan : Paling layak ialah Datuk Siti Nurhaliza...tetapi semua maklum beliau tidak mahu sertainya lagi jadi aku tak tahu siapa yang akan menang tahun ini...sebab tiada siapa yang benar-benar layak....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: