Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Portugal Pilihanku...Euro 2012...

 Cristiano Ronaldo
 Pasukan Portugal
Bendera Portugal

Piala Eropah dan Piala Dunia sentiasa dinanti seantero dunia kerana melibatkan kelibat pemain-pemain bertaraf dunia daripada pelbagai kelab gergasi dunia...

Seperti biasa setiap tahun temasya sukan ini berlangsung pasti aku akan tonton setiap perlawanan walaupun kadangkala TV yang tengok aku hahahaha....

Pasukan pilihan aku tentulah PORTUGAL...Dulu...kini dan insyaAllah selamanya...akan aku sokong Portugal...Ramai yang akan kata aku sokong Portugal sebab ada Cristiano Ronaldo...YA!!!Aku mengaku sebab ada CR7 juga...TETAPI...Aku menjadi penyokong Portugal bukanlah bermula dengan wujudnya Ronaldo dalam Portugal tetapi sejak dari zaman Luis Figo & Pauleta lagi...masa itu mana ada Ronaldo...masa tu...aku sekolah menengah lagi...Ronaldo pun sama le sebab kami sama umur hehehehehe

Dalam kejohanan bola sepak ni...aku juga ada pasukan kegemaran lain...maksud aku kalau PORTUGAL kalah....biarlah pasukan-pasukan ini yang menang...sebab apa? sebab cara permainan yang ditunjukkan pasukan-pasukan akan aku tulis ni sememangnya menarik...

Russia dan Turki adalah pasukan yang akan membuat aku teruja untuk tonton perlawanan mereka...Tetapi Turki tidak layak dalam Euro 2012...

Sekarang mari kita lihat pasukan-pasukan yang tersenarai dalam kejohanan Euro kali ini...Pasukan yang berwarna ialah pilihan aku untuk mara ke peringkat seterusnya...aku tidak memilih nama-nama besar sebab aku tak mahu banyak saingan...nak Portugal menang!!!

KUMPULAN A
1.Poland
2.Greece
3.Russia
4.Czech Republic

KUMPULAN B
1.Netherlands
2.Denmark
3.Germany
4.Portugal

KUMPULAN C
1.Spain
2.Italy
3.Republic Ireland
4.Croatia

KUMPULAN D
1.Ukraine
2.Sweden
3.France
4.England

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: