Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Tabah Hadapi Kekalahan Portugal...








Aku sangat sedih...siapa yang tak sedih jika pasukan pilihan kita tewas...tewas pada perlawanan pertama pula tu...TAPI...aku dah bersedia akan kekalahan ini kerana mereka bertemu Jerman dulu...dan setahu aku Portugal sukar mahu tewaskan Jerman...aku pun tak tahu kenapa...

Dalam saingan kumpulan B...Jerman aku yakin 100% akan mara...cuma naib johan aku tak tahu sama ada Denmark, Netherlands atau pasukan pilihan aku iaitu Portugal yang akan mara...

Aku rasa lega sikit kerana perlawanan kedua untuk Portugal adalah bertemu Denmark...peluang nak menang tu ada le juga...kalau menang sekurang-kurang nya sama markah dengan Denmark...tapi kalau kalah ...confirm Denmark dah mara...sekarang terpulang pada keputusan Netherlands yang akan menentang Jerman pula...kalau Netherlands kalah...aku happy juga....senang cerita...aku mahu Portugal menang ke atas Denmark nanti...

Tapi...tidak seperti tahun-tahun dulu...aku lebih emosional apabila Portugal kalah...semalam aku sudah sedia terima akan keputusan sekiranya tidak memihak kepada Portugal...apa boleh buat....gol pertama tidak dikira....lagi satu Portugal yang lebih banyak dilihat menyerang berbanding Jerman....last-last Jerman pula yang menang...selalu macam tu...pasukan yang menyerang pasti akan kalah pada pasukan yang banyak bertahan...

Apa-apa pun pasukan Portugal telah berusaha bersungguh-sungguh pagi tadi...aku happy melihat corak permainan Portugal yang hebat walau rezeki tidak memihak kepada mereka...aku berjanji biar usia aku berapa sekalipun aku tak akan menukar pasukan pilihan lain...biar tiada Cristiano Ronaldo sekalipun dalam pasukan itu lagi kerana aku memang sudah mula menyokong pasukan itu sejak World Cup 2002 Korea-Japan lagi di mana tiada pun kelibat Cristiano Ronaldo masa tu tetapi pasukan Portugal tetap hebat...

Aku sedih semalam banyak pemain hebat Portugal sudah tidak beraksi lagi...rindu aksi Deco, Pauleta, Luis Figo, Paulo Fereira, dan ramai lagi...Pemain Portugal dikalangan pemain kelab-kelab ternama Eropah seperti Real Madrid, Chelsea juga Manchester United...tetapi memerlukan lebih keserasian dalam bermain dan pasti akan menjadi yang terhebat...

Apa-apa pun pasukan Portugal adalah terbaik buatku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: