Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Top 30 Carta Muzik-Muzik 27 Minggu 18...


Nera

Sedihnya aku apabila melihat TOP 30 MM27 bukan kerana apa ... rasa beberapa lagu yang berada di atas carta seolah tidak seragam dengan kepopularitian lagu tersebut di radio atau siulan semasa....

sebagai contoh...lagu Asmidar - Biar Sampai Ke Bintang pula yang nombor 1...mengalahkan kebanyakan lagu-lagu popular tanah air lain....di radio... lagu Asmidar bukanlah satu lagu "killer song"...atau menjadi siulan semasa...hmmm....

Apa yang aku mahu ialah Muzik-Muzik telus dalam mengeluarkan carta mingguan...dan tidak seolah berpihak pada kepentingan diri semata....

Sebab aku yakin 3 lagu dari Mentor pasti akan masuk Top 30 ini nanti...CONFIRM la...akan ke semi-final...Carolyne...Zatul...dan Anas...ye la takkan TV3 nak biarkan artis keluaran mereka tidak layak ke separuh akhir...

Tapi aku tetap akui yang lagu Zatul sangat hebat...ciptaan Manusia Putih...hmmm....kalau ciptaan Manusia Putih pasti tak ke mana sebab beliau adalah Adi Sixth Sense...kalau tak...sure Alyah sudah juara dengan Kisah Hatinya...fikir sendiri sebab apa aku kata sedemikian...kalau Alyah juara ...pasti ramai mempertikaikan warganegara Adi sendiri....ye la Juara lagu kan nak memartabatkan lagu ciptaan Malaysia...

Aku tulis panjang lebar ni sebab aku sedih dan yakin yang lagu Hatimu Milikku nyanyian Nera tidak akan layak ke separuh akhir Muzik-Muzik 27 setelah melihat lagu itu semakin merosot dan menghampiri tersingkirnya TOP 30...Sedangkan tanya lah sesiapa saja...budak-budak...remaja...tua...pasti tahu mengalunkan lagu Nera ini...lagu yang sangat popular dan sangat indah...lagu itu diterbit dalam Jun atau Julai 2011..tetapi popular sampai sekarang....

Tapi mana kebertanggungjawab Muzik-Muzik untuk mengiktiraf lagu-lagu popular ini?adakah nasib lagu Nera bakal terbela?...aku pasti tidak... aku sudah merelakan lagu Nera pergi...tapi Muzik-Muzik berhak buat apa-apa pun sebab mereka yang menganjurkan majlis....

Kalau tidak ...sudah pasti Mila - Bebas tidak disingkirkan begitu saja dan diberi peluang kepada Atilia & Monoloque dengan Kekanda Adinda sehingga ke AJL...

Apa-apa pun banyak lagu hebat-hebat yang bakal menghiasi separuh akhir tahun ini dan yang pastinya hanya lagu Hatimu Milikku - Nera yang paling aku suka di samping Terukir Di Bintang - Yuna serta Terlalu Mencintaimu - Suki...

TOP 30 MM27
1.Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar
2.Tapi Bagaimana - Spider
3.Watak - Hafiz
4.Patah Seribu - Shila Amzah
5.Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram & Sleeq
6.Tanpamu - Amir Jahari
7.Terlalu Mencintaimu - Suki
8.Angkasa - Diandra Arjunaidi
9.Ombak Rindu - Adira & Hafiz
10.Mesti Ada Cinta - Akim & Fiq
11.Lagu - Bedroom Sanctuary
12.Tiba - Mafa
13.Pencinta Terbaik - Sofaz
14.Carta Hati - Najwa Latif
15.Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat
16.Kasanova - Stacy
17.Cerita Dia - Drama
18.Simetri - Hazama & Amy Search
19.Sebelah Jiwaku - Jaclyn Victor
20.Hatimu Milikku - Nera
21.Sakura - Adira
22.Mana Oh Mana - Aizat
23.Jangan Lagi Jauh - Shiha
24.Kemarau - VIP
25.Terasa Di Syurga - Sofaz
26.Aku Datang - Tomok
27.Jerrypah - Aizat
28.Bawaku Pergi - Kaka & Zizan
29.Dewi Aleeya - Black
30.Jangan Tanya Aku Lagi - Farawahida

NOTA : Lagu masih hijau bermaksud masih berpeluang mendaki tangga kedudukan kerana masih berada dalam carta mingguan 20 Muzik-Muzik 27....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: