Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Rindu Syahdu Di Hari Raya...



Aku bersama mak dan kakak aku Sapura


Aku bersama kawan yang sangat aku rapat dan masih contact sehingga kini walau tak sekerap dulu...Yusri


Aku bersama Fendi...suka duka dalam St.John...2 orang ja laki melayu...banyak DUGAAN...

Aku bersama geng "Gedik Santai" ...rindunya aku kat member gila aku semua ni.... Hanis...Dalinee Opart...Aku...Nazihah dan Khairul yang tengah tonggeng haha ( gambar ni masuk REMAJA k )



Aku, mak, sapura, boboy & wani di Genting Higlands masa raya ke-3 2011

Apabila terdengar lagu raya alunan Nurul yang bertajuk Rindu Syahdu Di Hari Raya membuatkan aku tersangatlah merindui kehidupanku di alam kampus di USM... Rindunya pada kawan aku yang slalu aku tumpang motor dia ke sana ke mari iaitu Yusri..

Aku dan yusri semasa raya haji 2008...

Rindu juga aku kepada 4 kawan aku yang boleh dikatakan grup lepak gila atau gedik santai aku iaitu Dalinee Opart, Hanis, Nazihah & Khairul O yang taraf legend...hahaha
Kami selalu bersama-sama sahur di Khalel Nasi Kandar dan berbuka di Mutiara...sedapnya kepedasan sambal belacan dan keenakan tomyam kat situ...nyummy....tapi malangnya sudah tiada kedai tu masa aku pergi baru-baru ini...maybe diorg balik kampung atau sudah lama tutup...Tapi hotdog special yang aku minati di tepi Khalel still ada...

Oh ya...teringat memori gila aku dan geng gedik santai ni...round island dengan berpakaian raya...g Batu Feringghi dan lain-lain tempat dalam Penang...best GILER!!!

Rindu juga akan kehidupan bersama 2 kawan aku yang bersama-sama mulakan hidup di USM iaitu Fendi & Khairul...Khairul di atas juga....Oh ya...Khairul & Fendi sama-sama over...tapi paling over ialah HANIS...

Aku bersama kawanku yang paling OVER dalam dunia iaitu Hanis...rindunya keoveran dia...hehehe

Banyak kenangan kami bertiga...terutamanya dalam St.John yang sangat GILA...

Nazihah, aku & Hanis

Masa ni Khairul tak join lagi grup kami...


Khairul, nazihah, aku, dalinee opart, hanis & fendi yang over

Kat waterfall pun kami berpakaian raya k...hehe..

Tahun ini membuatkan aku merindui juga saat-saat menjelang raya tahun lepas...Tahun lepas kami semuanya tidak sabar-sabar hendak bercuti...tapi tahun ini? hmmm...Kakak aku dah kahwin...

Beberapa hari sebelum raya aku, wani, adik & sapura melilau cari keperluan raya...juga handphone baru...aku belanja kakak aku blackberry n aku beli iphone...


Aku, mak, sapura, wani & adik breakfast di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi...rindunyaaaaaa....saat ini...

Kami bergambar dengan penari-penari seksi latino...hehehe...

Masa raya pertama...kami semuanya tak sabar menanti kul 4 pagi seterusnya...bukannya apa...hendak bercuti...kami ke Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Genting Highlands, I-City dan Safari Zoo Taiping...rindunyaaaaaaaaaaaa....

Oh ya...tahun lalu masa bulan puasa juga le aku beli laptop Sony Vaio warna merah yang pelik...ala..ala...glow in the dark...sape lihat pasti terpikat...hehe


My new laptop & iphone yg dibeli ramadhan 2011

Cuba lihat side view laptop aku...bercahaya kan...hehehe

My Iphone...masa ni tak pandai guna lagi...

Aku, mak, boboy, sapura & adik di Bukit Tinggi...

Sebahagian keluarga aku...di hari raya tahun 2011

Tahun ini? hmmm...tak ada any plan lagi...aku harap raya tahun ini akan memberi sekurang-kurangnya secebis kenangan...inshaAllah...

Nurul

RINDU SYAHDU DI HARI RAYA - NURUL


Indahnya sungai yang mengalir
Nyamannya angin yang beralun
Kicauan burung dipagi yang dingin
Bersama terbitnya mentari

Terbayang sanak saudara
Gurauan sesama keluarga
Mesra berkunjung riuh suasana
Riang menyambut hari mulia

Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desaku yang telah di tinggalkan

Ku memohon maaf serta ampun
Salamkan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah serta ibu
Menjadi penawar
Rindu syahdu di hari raya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

MISS DALL said...

Poji, mai id iphone ang... Aku add dalam ipad aku... Ley sembang free dalam viber!