Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

7 CD Lagu Terbaik Koleksiku...


Aku adalah pembeli album-album tempatan mahupun luar negara,,, Aku memang suka mendengar karya-karya artis-artis seantero dunia... Tak kisah la bahasa apa sekalipun...

Setakat ni lagu tamil ja aku tak beli lagi...

Dalam tahun 2014 ja lebih daripada 20 album aku beli...aku beli original ok...

Disebabkan aku pergi kerja pagi balik hampir malam... aku hanya berpeluang dengar album yang aku beli dalam kereta sahaja...buka volume kuat-kuat...puas...

Setiap CD yang aku beli aku akan dengar 2 minggu saja... Jika terlampau best aku akan extend 3 minggu atau sebulan... ada banyak lagi CD yang aku tak dengar lagi...

Di sini aku mahu senaraikan CD-CD Paling aku suka... Walau ada yang tak popular di radio tapi lagu-lagu dalam CD ni yang paling aku suka...

Susunan secara rawak dan bukannya berdasarkan ranking...

PANIC! AT THE DISCO 

ARTIS : Panic! At The Disco
ALBUM :Too Weird To Live, Too Rare To Die!
LAGU PALING BEST : Casual Affair
KOMEN : Selain Muse... kumpulan ini memang kegemaranku... Aku suka sangat lagu-lagu mereka... Entah kenapa kurang mendapat sambutan bagi radio-radio Malaysia... maybe lirik kot... apa-apa pun muzik mereka memang BEST GILER!!!

MAYA KARIN

ARTIS : Maya Karin
ALBUM : Teka-Teki
LAGU PALING BEST : Titi Rahsia
KOMEN : Aku beli album ini kerana Maya Karin salah seorang pelakon kegemaranku selain Fazura & Fasha Sandha... Masa mula-mula dengar album ini...satu lagu pun aku tak minat... tak sehebat lagu Kisah Cinta dalam album dahulu... tapi apabila dah berkali-kali putar...aku dapat rasakan semua lagu-lagu beliau adalah muzik dan rentak beliau....identiti beliau... memang sesuai dengan suara dia... semakin putar semakin best la pula... sampai dah boleh hafal... Bagi aku Maya Karin buat lagu dengan kualiti yang tinggi... tapi sayangnya kebanyakkan lagu-lagu dalam album ini tidak sesuai dengan citarasa Malaysian yang lebih mahu lagu melankolik...  Tapi bagi yang boleh dengar semua rentak lagu...pasti akan sedar apa yang aku kata....

BRITNEY SPEARS

ARTIS : Britney Spears
ALBUM :Britney Jean
LAGU PALING BEST : Til It's Gone
KOMEN : Album ini dibeli Disember 2013... Tapi aku dengar sampai Januari 2014... Bagi aku album Britney ini antara album yang memuatkan lagu-lagu terbaik...

 KARMIN

ARTIS : Karmin
ALBUM :Pulses
LAGU PALING BEST : Acapella
KOMEN : Siapa mereka? Aku tak kenal pun... Tapi aku terpikat dengan cover album mereka dan muka diorg pun hensem n lawa hahaha... Aku terus beli album ini... Album ini hampir sebulan aku putar dalam kereta aku... Muzik mereka memang best... Setiap lagu mereka TERBAIK!!!

VARIOUS ARTIST

ARTIS : Various Artist
ALBUM :One Love, One Rhythm
LAGU PALING BEST : Ole - Adelen
KOMEN : Album wajib beli setiap kali musim World Cup menjelma... Banyak lagu-lagu best dalam album ini... Lagu-lagu dalam album ini bila dengar semula sekarang pasti aku akan ingat bulan puasa haha...sebab World Cup kan dalam bulan Puasa... Sepanjang musim bola ni aku putar dalam kereta...
Lagu Shakira memang meletop.... banyak lagi lagu best dalam album ini...

SITI NURHALIZA

ARTIS : Siti Nurhaliza
ALBUM : Fragmen
LAGU PALING BEST : Terbaik Bagimu
KOMEN : Aku rasa sebulan aku putar album ini selepas habisnya putar album World Cup... Vokal beliau dalam lagu Sanubari & Kau Sangat Bererti sangat memukau... tapi tak tercalon AIM pun... huhu... Terbaik!!!

CNBLUE

ARTIS : CNBLUE
ALBUM : Blue Hits, For Asia
LAGU PALING BEST : In My Head
KOMEN : Aku suka lagu Intuition.... suka karok lagu ni kat Red Box... Kumpulan K-POP paling aku suka...muzik latin + rock mereka sangat best... lagu-lagu catchy... ada 17 track & 9 MTV... Sangat berbaloi beli....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: