Fauzi Gonzalez. Powered by Blogger.
RSS

Lagu Hebat Siti Nordiana & Vince Tidak Diberi Peluang Untuk Popular...

Vince & Siti Nordiana

Aku hairan kenapa lagu duet nyanyian Siti Nordiana & Vince yang bertajuk Kerna Apa Kau Begitu seolah ditelan bumi...aku yakin bagi sesiapa yang tidak pernah ambil tahu pasal Siti Nordiana pasti tak pernah dengar langsung lagu ni... Vince memilih Siti Nordiana untuk diduet lagu ini kerana merasakan Siti Nordiana punya pengaruh besar bagi peminat luar bandar masa tahun itu la...Tetapi radio-radio kat Malaysia ni seolah-olah apabila dengar nama Siti Nordiana ja terus tak layan...

Lagu ini bagi akulah lagi best daripada beberapa lagu-lagu duet yang diterima masuk dalam radio-radio popular....

Aku berharap sangat Siti Nordiana dapat merakam semula lagu ini bersama Vince untuk diputar semula di radio-radio atau dinyanyi semula seperti lagu Memori Berkasih yang sangat popular sekarang....dulu semua seolah menyampah akan lagu itu seolah lagu kampung dan jiwang karat atau leman....sekarang aku lihat berebut-rebut orang nak nyanyi...

Apa-apa pun diharapkan buat semua radio-radio plzzzz jangan abaikan lagu-lagu yang berkualiti macam ni...dengar lagu ...jangan lihat artis....jangan BIAS... dulu semua tolak Siti Nordiana...sekarang mana-mana ada beliau...mana-mana siaran tv/radio ada beliau... Tahniah Siti Nordiana... Fauzi akan sokong nana selamanya...InshaAllah...

Tahniah Vince juara Akademi Fantasia musim pertama dan tahniah Siti Nordiana juara Gegar Vaganza musim ke-2

KERNA APA KAU BEGITU - SITI NORDIANA & VINCE

Dalam berjuta kenangan yang kita bina...
Bergegar dengan satu kesilapan saja...
Mengapa harus bermusuhan...
Ketika saling memerlukan...
Mestikah jiwa dicabar sentiasa...

Tetapi firasatku sampaikan berita...
Kini terpadam bahang cintamu padaku...
Kau hanyut membeli bahagia...
Mengukir kerongsang hidupmu...
Malangnya aku terus dilupai

Kerna apa kerna apa kita begitu
Sendiri Sendiri Aku memujuk naluri
Kerna apa kerna apa kita jadi begini
Sedangkan berlimpahan kasih sayang padamu

Jangan berani berani lepas tanganku 
(lepaskan lepaskan aku...)
Aku memerlukanmu 
Biar apa pun terjadi

Terkadang aku diziarahi nostalgia
Tertanya-tanya apa lagi kemahuanmu
Tak putus tali ku berdoa
Semoga hadir bahagia
Kepada yang bersyukur kehadratNya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anem Arnamee said...

Kan. Lagu ni kalau jadi OST pun bagus ni. :)